logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

United Kingdom - 8 Jul 15. Panglima Angkatan Tentera (PAT), Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin diiringi isteri, Yang Berbahagia Puan Sri Dato' Hajah Umi Kalsom binti Wan Awang, telah memulakan Lawatan Rasmi ke United Kingdom bermula hari ini bagi mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua biah negara. Lawatan ini juga merupakan lawatan balas kepada Lawatan Rasmi Jeneral Sir Nicholas Houghton, Panglima Angkatan Tentera UK pada bulan Jun baru-baru ini.

Lawatan Rasmi selama 3 hari akan memberikan fokus kepada perkongsian dan penukaran maklumat ketenteraan dalam usaha membantu keamanan dunia sejagat di peringkat antarabangsa. Ketibaan YBhg PAT dan isteri di Horse Guard Parade telah disambut Jeneral Sir Nicholas Houghtan dan Lady Houghton serta Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera UK. YBhg PAT kemudiannya telah menerima Tabik Hormat Kawalan Kehormatan Utama dari The Queen's Colour Squadron, Royal Air Force yang diketuai Squadron Leader Richards Evans.