logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Hubungan ketenteraan di medan perang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperkukuhkan lagi dengan perlaksanaan Eksesais Haringgaroo Siri 66/2015 semasa Field Training Exercise (FTX) yang melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA). Eksesais ini merupakan kesinambungan kepada kerjasama bilateral di bawah Malaysian Australia Joint Defence Programme (MAJDP).

Eksesais ini berkonsepkan Peperangan Konvesional di dalam Fasa Ofensif yang dikoordinasikan oleh 4 Div dan digerakkan oleh 11 Briged. Serangan Akhir ini telah diadakan di kawasan Ladang Sungai Kelah, Sungkai, Perak dengan Pelaku Biru yang diwakili oleh 1 batalion daripada TDM dan 1 Kompeni daripada Australia Rifle Company Butterworth (RBC). Objektif serangan adalah untuk membersihkan musuh dikedudukan pertahanan yang dikuasai oleh Pelaku Merah (musuh).