logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Tim Penembak ATM yang akan menyertai Kejohanan Menembak Antarabangsa di Brunei Darussalam bermula 14 hingga 30 Jan 15. Brunei International Skill-At-Arms (BISAM) merupakan kejohanan berkala yang di adakan setiap 3 tahun sekali berobjektifkan penwujudan perhubungan dan kerjasama erat antara angkatan tentera negara yang terlibat.

BISAM ke 11 ini merupakan kejohanan menembak antarabangsa yang melibatkan 15 Tim Penembak angkatan bersenjata dari negara luar. Di antara negara luar yang mengambil bahagian termasuk Australia, Britain, China, Filipina, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Oman, Singapura, Thailand, Vietnam dan tuan rumah, Brunei Darussalam. Kejohanan mellbatkan acara senjata repal, pistol dan General Purpose Machine Gun (GPMG).

Kontingen ATM seramai 35 warga ATM yang di ketuai oleh seorang pegawai kanan iaitu Lt Kol Nubli bin Haji Hashim serta melibatkan Tim Pengurusan, Tim Teknikal, Pegawai Berkecuali, Paramedik dan penembak dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang telah dipilih.

Majlis penyerahan Panji Jalur Gemelang ini telah dilangsungkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur yang turut disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar; mewakili Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Haji Sabri bin Adam TUDM dan Pemangku Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Datuk Baharom bin Hamzah serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.

Seluruh warga ATM dan rakyat Malaysia mendoakan agar Tim BISAM ATM memperoleh keputusan yang membanggakan negara dan ATM pada tahun ini.