logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUCHING, 9 Ogos - ATM melalui Tentera Darat (TD) bagi Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Pemerintahan Medan Timur di Negeri Sarawak dalam Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) ATM Fasa 1 dalam merapatkan serta mengukuhkan hubungan tentera dan rakyat.

Pasukan Civic Action Team (CATS) dari Batalion Ke Sebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) yang berpengkalan di Kuching telah mengadakan PJM dengan pelbagai aktiviti seperti pameran senjata dan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta rawatan pergigian di Kampung Santubong Kuching, Sarawak bermula jam 0830 hingga 12.00 tengah hari.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk setempat. Kira-kira lebih 70 orang pelanggan telah mendapatkan rawatan ?#?pergigian? dan pemeriksaan ?#?kesihatan? semasa PJM separuh hari ini diadakan.