logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka hari ini berlangsung dengan penuh semangat patriotik. Lebih 50000 rakyat Malaysia hadir bersama-sama Jalur Gemilang serta menzahirkan cinta kepada negaradan kesyukuran terhadap kemerdekaan yang dinikmati. Acara bermula pada jam 8.00 pagi sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku, Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Pemaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah ke Dataran Merdeka seterusnya menerima Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Mengiringi keberangkatan baginda berdua, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta isteri masing-masing. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin serta isteri, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta isteri dan Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sambutan Hari Kebangsaan ke-58 yang bertemaka ‘ Sehati Sejiwa’ ini merakamkan sejarah tersendiri dengan penyertaan lebih 10000 peserta serta perarakan 136 aset pertahanan Tentera Darat Malaysia dan 35 aset pertahanan Tentera Udara Diraja Malaysia. Majlis Sambutan dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang sambil diiringi lagu Negaraku serta 14 das tembakan meriam oleh Rejimen Artileri Diraja.

ATM mempersembahkan Derap Seragam berkonsepkan tarian paluan gendang tradisional ketumbukan seramai 900 pegawai dan anggota lain-lain pangkat di garap dari ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. 900 peserta Satria Negara ini dengan pakaian berkonsepkan pahlawan melayu dengan gigih dan tekun melakar kesempurnaan dalam setiap gerak langkah tari tempur yang diilhamkan.

ATM merupakan Kontinjen terbesar dalam perarakan pada tahun ini terdiri daripada 60 Pegawai dan 1500 Anggota lain-lain pangkat. Perarakan dimulakan dengan Kontinjen Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja, Veteran ATM, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia dan Skuadron Istiadat berkuda.