logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Satu Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anggota Keselamatan Negara yang dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) telah diadakan di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, Kuala Lumpur sempena menyambut Aidilfitri. Turut hadir, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad iaitu Tun Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim, Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.

Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua BAKTI, Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan membuat pengagihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Acara penyampaian Bungkusan Hari Raya dimulakan dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Zulkifeli Mohd Zin serta Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Dato' Hajah Umi Kalsom binti Wan Awang; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut mewakili Panglima Tentera Laut, Laksdya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.