logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 6 Julai 21 – Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 93,600 dos vaksin lagi kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai sokongan dalam menjayakan Program Vaksinasi Peringkat ATM, sekaligus membantu negara mencapai imuniti kelompok melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Jumlah tersebut adalah daripada 1 juta dos sumbangan Amerika Syarikat kepada Malaysia.

Vaksin berkenaan telah dihantar terus ke 93 Depot Pusat Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera (93 DPP AT) setelah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, semalam. 93 DPP AT merupakan salah satu daripada 4 buah Pusat Simpanan Vaksin (PSV) yang diselia oleh ATM melalui Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT).

Proses penerimaan kesemua dos vaksin berkenaan yang didatangkan dengan 16 buah thermal shipper telah dikoordinasikan dengan lancar oleh 93 DPP AT yang diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Lt Kol Nur Hidayah Abd Rahim bagi memastikan vaksin berkenaan selamat tiba dan disimpan di fasiliti penyimpanan perubatan ATM tersebut.

Turut hadir menyaksikan penerimaan tersebut ialah wakil daripada Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan Jabatan Farmasi, Hospital Ampang. Dalam penghantaran ini juga, sejumlah 46,800 dos vaksin telah diterima oleh Hospital Ampang yang diagihkan melalui 93 DPP AT.