logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR - 3 Ogos 2015. Majlis Pelancaran dan Sidang Akhbar rancangan dokumentari Jejak Jeneral telah diadakan bertempat di Kementerian Pertahanan dan telah dilancarkan oleh Panglima YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT). Jejak Jeneral sebuah program dokumentari 13 episod terbitan khas Capital TV, memaparkan barisan individu yang pernah memegang tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Lebih bermakna, dokumentari ini pertama kali diterbitkan sekaligus lembaran baru dalam sejarah penyiaran negara. Pengalaman, kenangan dan kejayaan panglima – panglima ini pasti menjadi inspirasi dan dorongan kepada generasi akan datang khasnya warga ATM.

Peralihan zaman dan perkembangan ATM dapat dilihat melalui kepimpinan dan ketrampilan peneraju yang memerintah demi kedaulatan sebuah negara, Malaysia. Encik Noor Azman Yusof, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Capital TV berkata “Adalah menjadi kerugian amat besar jika kisah dan pengalaman panglima-panglima ini dibiarkan tenggelam bersama arus permodenan. “Pengorbanan pemimpin angkatan tentera bersama pasukannya bukanlah pengorbanan yang kecil, mereka bermati-matian mempertahanan tanah air, bermandi darah dan keringat demi keamanan dan kesejahteraan tanah air untuk ditinggalkan kepada generasi seterusnya.

“Ramai yang sudah lupa atau tidak mengetahui peristiwa dan sejarah besar negara ketika operasi seperti Ops Gonzales, Ops Indera, tragedi Lundu, Sauk, Gubir, Wakil Pengaman PBB di Somalia,Iraq dan Timur Lester. Lebih menarik, dokumentari ini turut menerbitkan satu episode khas bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin yang berkongsi detik-detik peristiwa berdarah pencerobohan Lahad Datu secara eksklusif.

Antara barisan mantan Panglima yang dijejaki ialah, Tan Sri Ghazali Mohd Seth, Tan Sri Borhan Ahmad, Laksamana Tan Sri Abdul Wahab Nawi, Tan Sri Azumi Mohamed, Tan Sri Rodzali Daud, Datuk Seri Zaini Mohd Said , Dato Nawi Alias, Dato’ Abdul Latif Ahmad dan Dato’ Tairobi Razak. Jejak Jeneral dibawakan oleh SAAB Technologies dan mendapat kerjasama penuh daripada Angkatan Tentera Malaysia. Temui perwira-perwira negara ini pada jam 8:30 malam setiap Selasa bermula 4hb Ogos di Capital TV, saluran 420, HyppTV,TM.