logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) mewakili YB Menteri Pertahanan bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kolaburasi Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin Denggi di antara Kementerian Pertahanan Malaysia, Pharmaniaga Berhad dan Bavarian Nordic.

Majlis menandatangani kontrak ini dilaksanakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur di antara YBhg Puan Suriani binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan; YBhg Dr. Lars Wegner, Naib Presiden Perhubungan Kormesial Bavarian Nordic dan Pengarah Pengurusan Pharmaniaga Berhad, YBhg Dato' Farshila Emran.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) melalui Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM dengan termeterai perjanjian ini akan menjalankan perkongsian kepakaran dalam penyelidikan dan penghasilan vaksin denggi kerana ia mematuhi kepada salah satu terma kontrak pembekalan vaksin Smallpox kepada ATM. Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, YBhg Leftenan Jeneral Datuk (Dr.) Abdul Razak Md. Yusoff turut menyokong kerjasama strategik yang akan membawa keberhasilan tinggi kepada kesihatan ATM dan negara dengan meneruskan program Bengkel Saintifik ATM sebagai usaha lanjutan program penyelidikan dan pembangunan penyakit denggi.