logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

YBhg Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah menerima Kunjungan Hormat Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Paduka Aminan bin Pengiran Hj Mahmud, Pemerintah Tentera Darat DiRaja Brunei pada pagi ini dalam rangka Lawatan Rasmi beliau ke Tentera Darat Malaysia.

Dalam pertemuan ringkas kedua-dua panglima telah bertukar pandangan dan maklumat demi kebaikan kedua-dua pasukan keselamatan di rantau ini. Kunjungan Hormat Pemerintah Tentera Darat DiRaja Brunei turut diiringi YBhg Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat.