logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

LUBNAN - 16 Julai 2015. YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (ATM) telah merasmikan monumen APC Condor di Penempatan Batalion Malaysia 850-2 (MALBATT) Kem Ma’arakah, Selatan Lubnan semasa lawatan YBhg Tan Sri PAT ke Lubnan pada 16 Julai 2015.

Monumen yang dikenali sebagai ‘The Condor’ merupakan tanda pengiktirafan ke atas kenderaan tersebut yang telah berbakti sejak sekian lama bersama MALBATT dalam menyertai misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejumlah 48 belon berwarna putih dan biru dilepaskan menandakan 48 buah kenderaan APC Condor yang berkhidmat di misi UNIFIL ini. Sementara 34 ekor burung merpati dibebaskan sebagai menandakan tahun ke 34 penglibatan kenderaan tersebut di bawah misi PBB bermula sejak tahun 1981.