logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR - 29 Julai 2015. Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1436H/2015M telah berlangsung bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Pewira ATM, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2015 bermula jam 11.00 Pagi sehingga 3.00 Petang. Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat serta YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara selaku tuan rumah turut hadir bagi menyambut tetamu-tetamu ke majlis tersebut.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD) serta kumpulan Kombo Seni Udara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Majlis Sambutan Aidilfitri ATM pada tahun ini turut dihadiri lebih kurang 5000 jemputan yang terdiri daripada dif-dif kenamaan daripada Kementerian Pertahanan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera, Mantan-Mantan Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, Pegawai serta anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang bertugas disekitar Lembah Kelang.

Majlis dihadiri oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato, Dr Rothiah binti Haji Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) serta YBhg Dato’ Mohammad Foad bin Hj Abdullah. Penyampaian sumbangan duit raya kepada tetamu anggota yang cedera telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri PAT semasa Majlis Sambutan Aidilfitri ATM berlangsung.