logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah menerima Kunjungan Hormat (KH) dari General Patrick de Rousier, Chairman of the European Union (EU) Military Committee bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat pertama kali ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ketenteraan kedua negara selain berkongsi maklumat serta mendapatkan pandangan yang jelas dengan keadaan keselamatan semasa dirantau ini.

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh H.E. Luc Vangebon, Ambassador & Head of Delegation of the EU to Malaysia dan beberapa pegawai ketenteraan dan kedutaan EU di Malaysia.