logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 28 Jun 21 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited dalam membantu negara menangani penularan wabak pandemik COVID-19 menerusi penubuhan Hospital Medan ATM Ke-6 di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah memulakan operasinya pada Ahad, semalam setelah berjaya mengoperasikan Hospital Medan Ke-5 di Hospital Tuanku Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) pada 17 Jun 21 yang lalu.

Hopital medan yang ditempatkan di Dewan Perbandaran Labuan ini akan digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 dari kategori 3, 4 dan 5. Penubuhan Hospital Medan ATM ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kesihatan WP Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan serta bantuan khas daripada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Relief Society-MERCY Malaysia).

Berdasarkan keupayaan semasa, ATM menrusi Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) telah mengaturgerakkan peralatan hospital medan seperti Kompleks Khemah Drash serta peralatan perubatan dan bukan perubatan yang lain serta ahli Tim Teknikal Hospital Medan di samping Pakar Bius, Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan dan Anggota Perubatan dari Kor Kesihatan Diraja.

Selain itu, MERCY Malaysia juga turut menyediakan sebahagian peralatan perubatan ICU yang diperlukan, unit khemah inflatable jenis ROFI, unit khemah utilis TM 36, 5 unit aircond 5.0 HP, tenaga sukarelawan kesihatan dan aset-aset logistik am serta akan turut mengendalikan latihan klinikal kepada petugas-petugas ATM dan KKM.

Aturgerak anggota dan aset-aset ATM serta MERCY Malaysia bagi kerja-kerja pemasangan telah dimulakan sejak 22 Jun 21 lalu manakala kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektrikal telah dimulakan oleh JKR Labuan yang bermula pada 24 Jun 21.

Pada 26 Jun 21 pula, Sesi dry run dan latihan kebakaran telah dilakukan oleh semua petugas melibatkan pegawai dan anggota PKAT, Hospital Labuan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, MERCY Malaysia, JKR WP Labuan, Perbadanan Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM – Labuan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM Labuan) dan beberapa pegawai serta anggota dari Pangkalan Udara TUDM Labuan.

ATM terus komited membantu negara serta akan meneruskan kerjasama erat dengan pelbagai agensi lain bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi, seterusnya membantu Negara mengekang penularan wabak COVID-19 ini.