logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin bersama Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Brigediar Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah kepada YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor serta YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Mendahului senarai, YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor dianugerahkan pangkat Brigediar Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Johor.

YAB Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato' Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis dianugerahkan pangkat Brigediar Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perlis. Turut meraikan majlis ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.