logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR - 6 Ogos 2015. Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di antara YBhg Brigedier Jeneral Zarondin bin Md Amin dan YBhg Kolonel Ahmad Fareed bin Ariffin Pengarah Sekretariat Markas ATM yang baru telah diadakan di Bilik Mesyuarat Markas ATM diisaksikan oleh YBhg Mejar Jeneral Datuk Baharom bin Hamzah, Ketua Staf Markas ATM serta warga Markas ATM.

Majlis Serah Terima Tugas ini telah dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan diteruskan dengan penyerahan dokumen serah terima tugas. Sebelum ini Kolonel Ahmad Fareed bin Arifin menjawat jawatan sebagai Pengarah Operasi Bahagian Operasi dan Latihan, Markas ATM.

Terima kasih tidak terhingga kepada YBhg Brigedier Jeneral Zarondin bin Md Amin diatas Jasa-jasa yang telah ditaburkan sepanjang menerajui Sekretariat Markas ATM dan selamat bertugas sebagai Panglima 8 Briged yang baharu. Markas ATM mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas pengarah sekretariat Markas ATM yang baru kepada Kolonel Ahmad Fareed bin Ariffin. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.