logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR - 3 Ogos 2015. Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum telah mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) pada 3 Ogos 2015 bertempat di Dataran Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

KKU yang terdiri daripada 3 Pegawai dab 103 anggota Lain-Lain Pangkat daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja diberikan kepada Yang Berhormat Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum bersempena hari pertama beliau berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Turut hadir bagi menyambut kedatangan Timbalan Menteri Pertahanan adalah YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Kementerian Pertahanan.