logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR - 27 Julai 2015. Panglima Angkatan Tentera (PAT), YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin memakaikan pangkat Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah kepada YBhg Datuk Elmi bin Yusuff, Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong.

Syor Majlis Angkatan Tentera Ke-540 telah diperkenankan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong untuk menganugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah kepada YBhg Datuk Elmi bin Yusuff berkuatkuasa pada 4 Jun 2015 sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kedah. Turut memakaikan pangkat adalah YBhg Datin Azlina binti Md Zuki iaitu isteri kepada YBhg Datuk Elmi bin Yusuff.

Dalam Sidang Media yang diadakan, Tan Sri PAT menyatakan bahawa ATM bersedia mengambil alih kawalan keselamatan sempadan antarabangsa dari cadangan yang diterima, namun ditegaskan ini adalah bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan nanti.