logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 11 Sept-Mesyuarat High Level Committee (HLC) Ke- 32 antara Malaysia dan Thailand telah berlangsung di Wisma Pewira Angkatan Tentera Malaysia , Kuala Lumpur pada 14 September 2015.

Mesyurat ini lazimnya dilaksanakan sebanyak 2 kali di Malaysia dan Thailand. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin , Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Jeneral Worapong Sanganetra Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand. Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Delegasi daripada Thailand.

Mesyuarat ini telah dilaksanakan dengan semangat dan kerjasama yang baik dari kedua-dua pihak. Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara pengurusan sempadan serta kepentingan sempadan bersama antara Malaysia dan Thailand. Mesyuarat ini menyatakan kepuasan daripada kemajuan aktiviti yang dijalankan oleh HLC dalam tempoh yang dilaporkan.

Tumpuan mesyuarat kali ini adalah untuk menangani keperluan untuk mewujudkan satu konsep baru pentadbiran sempadan yang akan diselarikan oleh kedua-dua negara sempadan Malaysia dan Thailand. Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand turut berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Yang Amat BerhormatPerdana Menteri Malaysia sebelum pulang ke Thailand. Thailand akan menjadi tuan rumah pada HLC Ke-33 dan dijangka pada April 2016.