logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 17 Sept-Angkatan Tentera Malaysia meraikan kewujudannya ke-82 pada semalam 16 Sep 15, sama tarikh dengan Hari Malaysia. Perbarisan Hari ATM diadakan pada hari ini, 17 Sep 15 bagi memberi laluan kepada Sambutan Hari Malaysia. Susur-jalur Angkatan Tentera Malaysia boleh diimbau dari penubuhan rasmi Tentera Darat. Pembentukan Malaysia pada 16 September 1961, menyaksikan kerajaan telah merombak pembentukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di bawah Angkatan Tentera Persekutuan yang kini tertakluk di bawah Akta Angkatan tentera (1972).

Kerajaan juga telah mempersetujui iaitu Hari Angkatan Tentera disambut pada hari dan tarikh yang sama setiap tahun sempena penubuhan Malaysia.Bagaimanapun, mengambil kira penubuhan awal pasukan tentera pada tahun 1933, yang merupakan pasukan tentera peneraju negara, tahun tersebut juga telah dijadikan sebagai tahun tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia.

Acara pada hari ini melibatkan seramai 50 pegawai dan 610 anggota LLP keseluruhannya manakala di dalam perbarisan seramai 29 Pegawai dan 488 anggota LLP terlibat secara langsung. Sejumlah 15 panji-panji Rejimen/Skuadron Perkhidmatan ATM terlibat pada perbarisan hari ini. Panji-panji 8 RAMD, 6 RRD, 2 KAD, 71 RSD, RAJD 2 DIV, 1 RAD (Para)dan 72 KPD dari Tentera Darat Malaysia. Bagi TLDM pula panji-panji KD Pelandok, KD Malaya, KD Panglima Hitam dan KD Rajawali manakala TUDM melibatkan panji-panji No 1Skuadron, No.7 Skuadron, No. 15 Skuadron dan Kolej Tentera Udara.

Pegawai Tabik Hormat pada pagi ini ialah YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT). Di antara jemputan yang hadir pada pagi ini adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera mantan-mantan Panglima Perkhidmatan, KSU KEMENTAH, wakil-wakil Tentera negara asing, warga ATM, warga Kementerian Pertahanan dan ATM.

Perbarisan pada pagi ini juga menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 staf awam menerima Sijil Kepujian PAT. Penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan Tentera Darat ialah Markas 3 Divisyen, Tentera Laut Diraja Malaysia ialah Skn 502, KD Rajawali dan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Pangkalan Udara Gong Kedak.

Ketua Pebarisan pada tahun ini ialah Komander Md Zain bin Zakaria TLDM, Ajutan Perbarisan, Kapt Mohd Afiq bin Abdullah TUDM dan Sarjan Mejar Perbarisan, PW 1 Suhardi bin Syeaid dari Tentera Darat, PW 1 PAP (G) Maliki bin Zolkipli dari TLDM dan PW (U) Abdul Abdul Halim bin Ishak dari TUDM. Perbarisan pada pagi ini diiringi Pancaragam Pusat ATM yang diketuai Kapt Mohd Sobri bin Mohamed Isa TUDM. ATM mengekalkan tema ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang telah di lancarkan pada tahun 2013 dan akan digunapakai selama 5 tahun sehingga 2018.