logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 18 Sept-Tanggal 16 september pada setiap tahun, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyambut hari ulang tahunnya dan pada tahun ini ATM telah pun menjangkau usia 82 tahun. Ia merupakan satu usia yang cukup dewasa bagi sebuah organisasi. Sebagai sebuah organisasi penting negara ATM telah, sedang dan akan terus memikul dan menggalas tanggungjawab serta amanah dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang ancaman dan pencerobohan pihak musuh.

Alhamdulillah, sehingga kini tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh negara telah berjaya dipikul dengan penuh wibawa. Dalam masa yang sama ATM telah menjadi sebuah organisasi yang disegani dan mampu melaksanakan tugas bukan sahaja di dalam negara tetapi juga dipersada antarabangsa.

Majlis bacaan yasin dan tahlil serta khutbah khas solat jumaat sempena Hari ATM ke-82 telah berlangsung pada 18 september 2015 bertempat di Masjid Khalid Al-Walid. YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) turut hadir bagi menyemarakkan lagi majlis pada hari ini.

Turut hadir Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara, Mantan-mantan PAT serta Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM, serta Warga ATM. Majlis pada hari ini turut dihadiri lebih kurang 2800 warga ATM daripada ketiga-tiga perkhidmatan yang bertugas di sekitar Lembah Kelang.

Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil seterusnya khutbah khas solat jumaat sempena Hari ATM Ke-82 yang telah disampaikan oleh Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Mamat, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera dan diakhiri dengan solat jumaat. ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara.