logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 22 Sep- Perlawanan akhir Liga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun 2015 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Stadium Kementah, Kuala Lumpur. Perlawanan ini telah dihadiri oleh YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Haji Azlan bin Abdul Rahman, Pengarah Infantri mewakili Presiden Persatuan Bola sepak ATM.

Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan ATM serta para penyokong daripada kedua-dua pasukan. Perlawanan akhir pada tahun 2015 ini melibatkan Pasukan daripada Kor Perkhidmatan Am (KPA) dan Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Majlis dimulakan dengan perarakan bendera FIFA “Fair Play”, Pegawai-pegawai pertandingan dan pasukan yang Berjaya memasuki perlawanan akhir bola sepag Liga ATM Tahun 2015.

Seterusnya Pengarah Infantri diperkenalkan kepada para pemain dan pegawai pertandingan. KPA telah menewaskan Kor Jurutera Letrik Jentera pada perlawanan separuh akhir dan RAMD telah menewaskan Rejimen Ranger Diraja pada perlawanan separuh akhir untuk memastikan KPA dan RAMD berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada hari ini.

Perlawanan telah dimenangi oleh Kor RAMD dengan keputusan jaringan 2-0. Gol perlawanan dijaringkan oleh PBT Muhd Faiz bin Ibrahim dan LKPL Mohd Zaironi bin Yusof.