logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 29 Sept 15- Perlawanan bolasepak persahabatan di antara Pegawai Tentera Darat Malaysia dgn Pegawai Tentera Darat British @ Crusaders FC telah diadakan pada 29 Sept 15 jam 1615 petang bertempat di Stadium Mindef. Hadir menyaksikan acara ialah YBhg Mej Jen Mohamad bin AB Rahman, AKS Cawangan Perancangan & pembangunan MK TD dan TYT Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom.

Ketibaan para tetamu jemputan adalah pada jam 1600 dan telah disambut oleh warga ATM iaitu pegawai dan anggota serta melibatkan 40 kanak-kanak daripada akademi bolasepak Angkatan Tentera Malayisa (ATM). Para tetamu jemputan juga telah dihiburkan dgn persembahan tarian tradisional dari Badan Kesenian Mindef (BKM) dan disusuli dgn persembahan silat dari PULAPOT. Perlawanan dimulakan dengan sesi memperkenalkan kepada pemain dan disusuli dgn acara bergambar. Tentera British memenangi perlawananan 3-0.