logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Majlis Pemasyhuran Ahli Kelima Hall of Fame Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Dato’ Sabri bin Zali, Komandan MPAT pada hari ini bertempat di Dewan Trisakti, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Tentera benteng Pertahanan Negara seterusnya pengisytiharan Hall of Fame oleh Komandan MPAT kepada YBhg Tan Sri Panglima Tentera Udara.

Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) adalah institusi latihan dan pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan pendidikan profesional di peringkat Sarjana. Kursus ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai ATM yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel atau setaraf daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM (Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara) bagi melengkapkan dan menyediakan mereka menjawat jawatan yang lebih tinggi. Maktab ini turut menawarkan pengajian kepada pegawai-pegawai Tentera dari Luar Negara, pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Negara untuk mengikuti kursus ini.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Ahli Lembaga Gabenor Maktab (Board of Governors) dan Alumni Peserta Kursus MPAT Siri 21/2001 serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM.