logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 15 Okt - Majlis Meraikan Anggota Cedera Sempena Hari ATM ke-82 telah berlangsung pada 15 Oktober 2015 bertempat di Dewan Seroja Kem KEMENTAH. YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Isteri hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Turut hadir, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara, Pegawai-pegawai Kanan ATM, serta anggota cedera ATM yang diraikan. Anggota cedera yang diraikan kesemuanya adalah merupakan anggota yang cedera kekal semasa melaksanakan operasi ataupun latihan berisiko tinggi di dalam dan luar negara sama ada masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara.

Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sama ada semasa melaksanakan operasi ataupun latihan. Anggota cedera yang diraikan adalah seramai 13 orang yang masih berkhidmat dan 44 orang yang sudah bersara.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya jamuan makan tengah hari. Penyampaian cenderahati kepada anggota cedera telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri PAT dan isteri serta ramah mesra bersama anggota cedera.