logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KOTA TINGGI, 24 Okt- Program Tentera Bersama Rakyat telah berlangsung selama 2 hari mulai 23 sehingga 24 Okt 2015 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor. Program ini merupakan satu program yang julung-julung kali diadakan atas inisiatif PIBG dan KSIB SMK Bandar Mas. Program ini telah mendapat sokongan yang padu daripada warga SMK Bandar Mas, komuniti setempat, badan-badan berkanun dan pihak swasta.

Matlamat utama program ini ialah member pendedahan kepada masyarakat untuk lebih mengenali tugas dan kepakaran anggota tentera di Negara ini. Oleh itum sasarannya lebih kepada masyarakat agar dapat mengenali lebih rapat bidang kerjaya ketenteraan dan keselamatan Negara. Program ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang turut serta mengadakan pameran yang bertujuan untuk member ilmu dan pengetahuan kepada pengunjung.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan masyarakat khususnya golongan muda dan belia kepada tugas, skop kerja, peralatan dan aktiviti ketenteraan Negara. Selain itu ia dapat member ruang kepada masyarakat untuk beramah mesra, mengeratkan hubungan dan mengenali dengan lebih rapat keanggotaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Disamping itu, ia juga merupakan satu langkah dan usaha untuk menarik minat belia menyertai bidang ketenteraan untuk berbakti dan bekorban demi Negara.

Pengisian utama program ini ialah, Pameran kerjaya, pameran aset-aset tentera, Forum Perdana, sukan rakyat serta lain-lain lagi. Majlis perasmian penutup telah berlangsung pada 24 Okt 2015 dan telah disempurnakan oleh YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Ab. Aziz bin Hj Abdullah, Panglima 7 Briged.