logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 28 Okt - Forum Perdana Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung pada 28 Okt 2015 bertempat di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH Kuala Lumpur. Majlis ini dilaksanakan sebagai kesinambungan majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat kebangsaan bagi tahun ini. Pada tahun ini tajuk yang dibincangkan adalah “Perpaduan nadi transformasi ATM”.

Matlamat utama forum perdana ini dilaksanakan adalah untuk memperbesarkan syiar islam sebagai lambang rasmi negara. Selain itu, kita dapat sama-sama menyelami sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W agar dengan itu, timbulah kekuatan dan iltizam dalam pengamalan agama. Paling utama sekali sebagai warga ATM untuk melahirkan ketumbukan pertahanan yang seimbang kekuatan rohani dan jasmani melalui pemahaman sirah islam. Turut hadir bagi mengimarakkan forum perdana pada kali ini adalah YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara, Pegawai-pegawai kanan ATM serta lebih kuran 1200 Warga ATM yang bertugas disekitar Lembah Klang.

Moderator pada kali ini adalah Mejar Mohd Jihadi bin Hj Ahmad daripada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Ahli Panel 1 Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ahli Panel 2 adalah Ustazah Shadiya bt Abbas, Penerbit dan pengacara rancangan Fiqh Wanita musim kedua. YBhg Leftenan Jeneral Datuk Hj Sabri bin Adam TUDM, Ketua Staf Markas ATM telah menerima cek berjumlah RM30,000 daripada pihak Desatera untuk disalurkan kepada Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM.