logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 11 Nov - Majlis serah terima tugas Inspektor Jeneral ATM (IJ ATM) telah berlangsung pada 11 Nov 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Sekertariat Markas ATM, Wisma Pertahanan Kuala Lumpur. Majlis ini disaksikan oleh Ketua Staf Markas ATM (KS MK ATM), YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Sobri bin Adam TUDM.

IJ ATM juga membuat kunjungan hormat kepada KS MK ATM sebelum majlis dimulakan. Seterusnya Majlis serah terima tugas IJ ATM antara YBhg Mejar Jeneral Dato' Abd Rahim bin Hj Mohd Yusoff dengan YBhg Laksamana Pertama Datuk Kay Hai Thuan yang sebelum ini menjawat Jawatan sebagai Timbalan Inspektor Jeneral ATM.

Mejar Jeneral Dato' Abd Rahim bin Hj Yusoff telah menerajui IJ ATM mulai 12 Okt 2013 dan seterusnya akan bersara wajib. Terima kasih kepada Mejar Jeneral Dato' Abd Rahim bin Hj Yusoff diatas sumbangan yang diberikan kepada ATM sepanjang berkhidmat.