logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SITIAWAN, 13 Nov - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan ceramah kerjaya bertujuan untuk menarik minat serta penyertaan kaum bukan bumiputra khususnya kaum Cina ke dalam Perkhidmatan ATM.

Sebanyak 7 Persatuan Kaum Cina, serta AJK dan penyertaan 200 orang murid remaja sekitar Daerah Manjung, Lumut, Sitiawan dan Ayer Tawar turut serta dalam Program ini yang diadakan buat julung kalinya di Sitiawan, Perak iaitu di Dewan Pejabat Persatuan San Shan Manjung, Tingkat 2, Sitiawan, Perak.

Turut hadir ke Program ini ialah Kol Mohd Bustaman bin Hj Mat Zin, Pegawai Penunjuk Prestasi (KPI) kepada YB Menteri Pertahanan, Pegawai dan anggota promosi ATM termasuk Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia.