logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berusaha membantu rakyat yang dilanda kesusahan dan ketika musim kemarau ini, ATM telah menggerakkan lori tangki air ke beberapa kawasan yang terjejas akibat gangguan air.

ATM menghantar tiga tangki air, yang mempunyai kapasiti 10,000 liter setiap tangki, bagi membantu kira-kira 35,000 penduduk di hampir 20 kawasan perumahan kawasan di sekitar Balakong, Bandar Tun Hussein Onn dan Alam Damai.

Bantuan tersebut yang telah bermula sejak minggu lepas akan diteruskan dengan kerjasama Syabas, persatuan penduduk dan kawasan Rukun Tetangga sehingga masalah air selesai. Dengan adanya bantuan ATM, hampir 30% masalah bekalan air di kawasan yang dilanda masalah dapat di atasi.