logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pasukan Ping Pong Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya mencatat rekod dan sejarah apabila mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut dalam Kejohanan Kebangsaan Ping Pong Piala Malaysia pada kejohanan kali ke-51 bertempat di Dewan OCM Kuala Lumpur pada tengah hari 26 Okt 14.

ATM mengumpul mata tertinggi seterusnya menjadi juara Kejohanan Kebangsaan Ping Pong Piala Malaysia Ke-51 ini. Pasukan ATM turut menyapu bersih kategori perseorangan dan bergu lelaki dalam kejohanan ini manakala ATM lelaki berpasukan menjuarai acara dengan menewaskan Kuala Lumpur. Sementara itu pasukan bergu campuran turut menjadi juara setelah menewaskan Selangor di perlawanan akhir.