logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam latihan, seramai 59 orang Pegawai Kadet telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat pada 8 Feb 2014 di Kolej Tentera Darat, Kem Segenting. Di samping itu, 2 orang Pegawai Kadet Timbalan Setia Negeri Johor (TSNJ) juga telah ditauliahkan sebagai Pegawai di dalam TSNJ. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyempurnakan Pentauliahan Jangka Pendek Pegawai Kadet Siri 76/2013.

Pegawai Rendah Kanan Nor Ikhmar bin Madarsa telah dinobat sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek ke-76 Kolej Tentera Darat. Manakala bagi Penuntut Terbaik Kemahiran Ketenteraan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Ke-76 Kolej Tentera Darat dianugerahkan kepada Pegawai Rendah Muda Mohamad Shafiq bin Ramzan.