logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Bersempena Hari Keputeraan Rasmi SPB YDP Agong ke XIV, Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, ATM telah melaksnakan Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-panji SPB YDP Agong di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur.

Istiadat penuh tradisi ketenteraan ini turut di hadiri Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, dan YABhg Datin Sri Rosmah Bte Mansor, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, , Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein dan YM Datin Sri Tengku Marsilla bte Tengku Abdullah, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, dan YBhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom bte Wan Awang serta wakil-wakil ketenteraan luar negara, Menteri-Menteri Kabinet, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai kanan ATM, PDRM dan kakitangan awam serta rakyat.

Ketibaan SPB YDP Agong bersama SPB Raja Permaisuri Agong disambut dengan tiupan Kumpulan Nafiri diikuti dengan Tuanku mengambil Tabik Hormat DiRaja diiringi dengan tembakan meriam 21 das.

SPB YDP Agong kemudian berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan diiringi YBhg Panglima Angkatan Tentera. Panji-panji dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Amor Diraja, TLDM dan TUDM kemudian di arak untuk tontonan para hadirin serta SPB YDP Agong. Perbarisan terdiri dari 22 pegawai dan 540 anggota lain-lain pangkat

Laungan DAULAT TUANKU sebanyak 3 kali telah dipersembahkan di akhir Istiadat Perarakan Panji-panji SPB YDP Agong, diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin Ketua Pengarah KAGAT. SPB YDP Agong kemudiannya menerima Tabik Hormat DiRaja sebelum berangkat.