KUALA LUMPUR, 07 Nov 24 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menerima kunjungan hormat daripada Deputy Defence Attache Netherland, Commander Patrick Michael Stahli di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan hormat ini memberi peluang kepada Deputy Defence Attache Netherland untuk memperkukuhkan hubungan dua hala, bertukar maklumat mengenai perkembangan, meningkatkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara serta cabaran operasi di rantau ini.
Diharap dengan lawatan ini, dapat lagi mengukuhkan kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Belanda.