logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 8 November 2024 - Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah menganjurkan Program Qiamullail dan Solat Subuh Perdana bertempat di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (MKWK).

Ketua Staf Markas ATM , Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad turut hadir bersama lebih daripada 900 warga Markas ATM dan ahli kariah bersama dalam program ini.

Program Qiamullail pada pagi tersebut telah dibimbing oleh Ustaz Syukri bin Ali atau dikenali sebagai Sudais Malaysia dan Solat Subuh serta Tazkirah oleh Ustaz Hj Mujahid bin Hj Salleh Sani Al-Hafiz, Mudir Tahfiz Darul Furqan/Imam Masjid Al-Syakirin Gombak.

Program ini adalah inisiatif kepimpinan ATM yang dijadikan sebahagian daripada aktiviti rejimental untuk menggalakkan warga tentera berqiamullail dan melaksanakan solat secara berjemaah. Ia juga bertujuan memperkuatkan amalan keagamaan dalam kehidupan seharian serta mewujudkan suasana kerjasama dan persaudaraan di kalangan warga tentera. Aktiviti berkaitan ibadah ini merupakan teras penting dalam setiap organisasi tentera, mencerminkan komitmen ATM terhadap nilai-nilai spiritual dan sosial, sekaligus seiring dalam memperkasakan kerohanian warga dalam usaha ke arah Angkatan Masa Hadapan (AMH).

Selain itu, program ini bukan sekadar menjadi platform untuk melaksanakan ibadah, tetapi juga merupakan usaha untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan warga ATM. Program ini berpotensi menyatukan seluruh anggota ATM melalui penerapan budaya dan inisiatif yang lebih positif serta memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan semangat kerjasama di kalangan warga ATM.

Turut sama hadir dalam program ini adalah Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Dato' Hj Mohd Rashidi bin Bujai merangkap Pengerusi MKWK dan Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia.

Lihat Galeri Gambar