KUALA LUMPUR, 6 November 2024 – Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MK ATM), Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali di Wisma Pertahanan, hari ini.
Kunjungan hormat ini bertujuan sebagai pengenalan rasmi beliau kepada KSU, seiring dengan pelantikan YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali sebagai KSU Kementerian Pertahanan yang baharu.
Kunjungan hormat ini turut menjadi platform berkongsi pandangan dan sesi bertukar pendapat bagi mengukuhkan lagi hubungan kepimpinan pengurusan tertinggi antara Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan.
Lihat Galeri Gambar