logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 7 November 2024 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab. Rahman bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan ATM di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan hari ini.

Mejar Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral berkuat kuasa pada 23 Feb 24 dan mengekalkan jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA).

Majlis pemakaian juga turut disempurnakan oleh isteri beliau, Datin Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai.

Turut hadir menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat tersebut adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad; Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman bin A Wahab yang mewakili Panglima Tentera Darat, serta pegawai kanan ATM.

Seluruh warga ATM mengucapkan sekalung tahniah kepada Leftenan Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar.

Lihat Galeri Gambar