Kajian Medan
KAJIAN MEDAN. Sebagai sebahagian dari kurikulum kursus, Peserta Kursus telah melaksanakan Kajian Medan Luar Rantau dan akan melaksanakan Kajian Medan Serantau/Kajian Medan Kawasan Pembangunan Ekonomi serta Kajian Medan Kawasan Operasi. Peserta Kursus akan dinilai keseluruhannya berdasarkan setiap Laporan Operasi dan Laporan Pentadbiran yang dimajukan. Peserta Kursus akan melaksanakan kajian medan ke atas institut pengajian ketenteraan yang setaraf, industri pertahanan, keselamatan dan sosio-ekonomi di negara-negara yang dilawati. Hasil dari kajian yang dilaksanakan, Peserta Kursus perlu menyiapkan laporan-laporan tersebut untuk dinilai oleh Staf Juruarah dan seterusnya dimasukkan dalam pemarkahan Semester Kedua.