KATA ALUAN DARI PENGERUSI

 

Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi syukur ke kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, pembangunan portal Persatuan Kedoktoran Angkatan Tentera Malaysia atau di dalam bahasa inggerisnya adalah Malaysia Armed Forces Doctoral Association (MAFDA) berjaya dibangunkan dengan kerjasama semua pihak. Portal ini diterbitkan sebagai salah satu usaha menyatukan dan menggabungkan buah fikiran semua ahli dalam penghasilan jurnal dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Sebagai usaha awal, platform ini di peringkat pembangunan dan kandungan portal ini akan diselaraskan dari masa ke semasa dengan penulisan-penulisan kertas kerja berkaitan bahagian kedoktoran supaya dapat dimanfaatkan kepada semua warga ATM. Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang dilantik yang berusaha dan bertungkus lumus dalam menghasilkan portal ini. Selaras dengan objektif persatuan ini iaitu bagi berkongsikan pandangan, pengetahuan dan kemahiran di kalangan ahli, portal yang diwujudkan membolehkan maklumat tersebut dikongsikan secara terbuka.

Dengan adanya portal ini ianya sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua penulis / ahli akademik. Saya percaya dengan wujudnya portal ini akan meningkatkan lagi usaha sama bersama ahli-ahli yang terlibat. Semoga kerjasama di antara ahli jawatankuasa dan ahli-ahli selama ini akan berterusan dan sentiasa dipertingkatkan lagi.

Sekian terima kasih