MEJAR JENERAL DATO' HJ SAHARUDDIN BIN MANSOR TUDM
ASISTEN KETUA STAF PERANCANGAN PERTAHANAN
VISI
- Beriltizam untuk meningkatkan output dengan cepat, berkualiti dan berwaspada demi untuk keselamatan dan kepentingan ATM.
MISI
- Menyelidik, merancang dan membangunkan keupayaan seiring dengan wawasan strategik ATM untuk melahirkan satu angkatan yang kredibel.
OBJEKTIF
- Objektif yang telah digariskan adalah seperti berikut:
A. Menggubal segala dasar dan strategik pertahanan negara demi mewujudkan pembangunan satu angkatan tentera yang profesional, seimbang, bersepadu dan berkesan.
B. Menyelaras pembangunan modal insan, sistem pertahanan dan pembangunan infrastruktur selaras dengan keperluan organisasi yang menjurus ke arah sebuah angkatan tentera yang seimbang dari semua aspek.
C. Memaksimumkan perolehan dan agihan sumber-sumber.
D. Mempertingkatkan kecekapan aspek-aspek berkaitan perancangan dan pengurusan.
E. Mempertingkatkan tahap keupayaan pengurusan dan perolehan teknologi.
F. Memberi penekanan ke arah peningkatan dan keberkesanan rangkaian kerja dengan semua agensi dalam dan luar negara.
PERANAN
- Untuk merumus dasar strategi dan perancangan pertahanan negara bagi mewujudkan satu angkatan tentera yang seimbang, bersepadu dan berkesan. Justeru, BPP bertanggungjawab menggubal strategi ketenteraan apabila diperlukan untuk digunapakai sebagai asas perancangan pembangunan dan keupayaan ATM.
FUNGSI
- Bagi mendukung peranan tersebut, BPP melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
A. Menggubal dasar-dasar strategik dan garis panduan strategi keupayaan ATM.
B. Mengkaji, menganalisa dan merancang strategi serta konsep ketenteraan.
C. Merancang keupayaan ATM sejajar dengan strategi dan konsep yang digubal.
D.Merancang struktur angkatan yang bertepatan dengan keperluan Dasar Pertahanan Negara (DPN).
E. Menyedia, menyelaras dan mengawal segala program serta Bajet Belanja Pembangunan (DE) dan Bajet Belanja Mengurus (OE) ATM.
F. Penyelaras kepada dasar strategik dan pembangunan makro untuk dilaksanakan oleh setiap Perkhidmatan.
G. Mengkaji dan menyelaras Memorandum of Understanding (MoU) dan kerjasama pertahanan antarabangsa.
H. Merancang serta menguruskan dasar dan pembangunan Pasukan Simpanan Angkatan Tentera.