logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Bahagian Hal Ehwal Awam

BAHAGIAN HAL EHWAL AWAM - J7
(BHEA-J7)
VISI
Menjadi elemen perhubungan raya bertaraf professional.
 
MISI
Memperkasakan imej, integriti dan kepentingan Angkatan Tentera Malaysia.
 
PERANAN UTAMA
Mengkoordinasi dan melaksanakan program-program promosi, publisiti, penyebaran dan penerangan maklumat/berita berkaitan ATM dengan tepat disamping berinterksi dengan masyarakat bagi menjalinkan perhubungan erat dalam
meningkatkan imej ATM.
 
USAHA PROMOSI DAN PUBLISITI KE ARAH MENINGKATKAN IMEJ ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
1. Perancangan operasi media diperkukuhkan dalam usaha memberi maklumat kepada masyarakat awam dan menanam keyakinan rakyat terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai benteng utama pertahanan Negara.
 
2. Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 (BHEA-J7) menggunakan beberapa kaedah perhubungan media yang relevan dan strategik bagi mencapai objektif utama yang disasarkan mengikut perancangan operasi media seperti berikut :
 
Media Cetak dan Elektronik (Laporan Berita)
Kerjasama media dalam membuat liputan berita ATM sentiasa dilaksanakan mengikut fokus aktiviti utama seperti berikut : 
 
BIL FOKUS AKTIVITI UTAMA
(a) (b)
1 Sisipan Khas HUT ATM
2 Misi/Operasi/Latihan
3 Bantuan Bencana Alam (Dalam/Luar Negara)
4 Acara Rasmi
5 Kebajikan
6 Kesiagaan
7 Sukan
8 Inovasi/Anugerah
 
Penerbitan Media
BHEA-J7 dengan kerjasama perkhidmatan Darat, Laut dan Udara terlibat dalam beberapa penghasilan penerbitan media sebagai medium hebahan untuk menyalurkan informasi mengenai ATM kepada umum.
 
Program Bual Bicara
Bagi meningkatkan imej ATM di kalangan masyarakat umum, BHEA-J7 telah melaksanakan beberapa siri program bual bicara khusus untuk beberapa aktiviti utama ATM yang melibatkan pembabitan pegawai ATM sebagai tetamu jemputan.
 
Laman Sesawang / Media Sosial Rasmi ATM
Hebahan publisiti mengenai ATM turut diperluaskan menerusi platform media atas talian (online) menggunakan medium sedia ada seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan Telegram
 
BIL PLATFORM MEDIA PAUTAN
(a) (b) (c)
1 Portal Laman Sesawang (Web) www.mafhq.mil.my
2 Facebook Angkatan Tentera Malaysia
3 Twitter @MarkasATM
4 Instagram official.atm2020
5 Youtube Angkatan Tentera Malaysia
6 Telegram ATM Update
 
Program ATM bersama Media
Bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara organisasi ATM dengan agensi media disamping menyampaikan informasi tepat dari pucuk pimpinan kepada masyarakat, program khusus bersama media ini turut direncanakan yang melibatkan pengurusan tertinggi ATM khasnya.
 
Liputan Aktiviti Utama
BHEA-J7 turut bertanggungjawab di dalam melaksanakan tugas liputan dalaman foto dan video bagi setiap aktiviti utama di peringkat Kementerian/ATM/Kebangsaan.
 
Liputan Aktiviti Yang di-Pertuan Agong
BHEA-J7 turut bertanggungjawab di dalam melaksanakan tugas liputan bagi setiap aktiviti yang melibatkan lawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam setiap acara-acara rasmi di peringkat Kementerian/ATM khasnya.