Markas ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan Jeneral dan setaraf. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera.