
KUALA LUMPUR, 4 Dis 2020 - Bertempat di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya telah berlangsungnya acara Serah Terima Tugas Komandan Maktab Ketahanan Nasional di antara Lt Jen Dato’ Haji Md Yusof bin Aziz (Penyerah) dengan Brig Jen Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar (Penerima).
Acara serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi.
Warga ATM merakam setinggi-tinggi tahniah kepada Brig Jen Datuk Nizam bin Hj Jaffar atas pelantikan baru.




