logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM BERSAMA BAKAT 1 DIV & PU KUCHING

1

SARAWAK, 21 Jun 20 - Peranan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) adalah amat penting khususnya dalam menjaga kebajikan keluarga warga ATM yang sering berjauhan dengan pasangan kerana terlibat dengan pelbagai operasi untuk melindungi kedaulatan Negara.

2

3

4

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah berkesempatan membuat lawatan ke 2 lokasi iaitu BAKAT 1 Div dan BAKAT Pangkalan Udara Kuching pada 21 Jun yang lalu untuk bertemu dan beramah mesra bersama warganya.

5

6

7

Program lawatan ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan aktiviti-aktiviti semasa yang dilaksanakan oleh BAKAT serta mengeratkan silaturrahim sesama ahli BAKAT di peringkat ATM. Dalam lawatan tersebut, Pengerusi serta ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan juga pameran kraftangan oleh ahli-ahli BAKAT.

YAM Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM turut menyampaikan sumbangan kepada warga BAKAT 1 Div dan PU Kuching sebagai tanda sokongan di dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dalam ucapan beliau berpesan dan menyarankan agar semua ahli BAKAT terus komited dalam menjayakan misi dan visi badan ini selain terus menyokong usaha-usaha kebajikan yang telah dilaksanakan.

8

9

Turut sama, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Zainuriah Hj Mustapha yang mengiringi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM di sepanjang tempoh lawatan tersebut.