MERIAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT ATM 1437H/2016M

MAULIDUR RASUL 1

KUALA LUMPUR, 6 Jan - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ATM Tahun 1437H/2016M dengan tema ”Perpaduan Nadi Tranformasi ATM” pada 6 Januari 2016 (Rabu). Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

 Sambutan ini dimulakan dengan majlis perarakan dari Padang Kawad Kem KEMENTAH ke Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur. Konsep perarakan ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 Perarakan kontinjen dan Fasa 2 adalah majlis perhimpunan.

Perarakan ini bermula dari Padang Kawad Kem Kementah ke Masjid Khalid AL-Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur dengan lebih 800 pegawai dan anggota terlibat. Fasa 1 perarakan ini dibahagikan kepada lima kontinjen iaitu Kontinjen Pegawai Kanan dan Tertinggi ATM, Kontinjen Markas ATM, Kontinjen Markas Tentera Darat, Kontinjen Markas Tentera Laut, Kontinjen Markas Tentera Udara dan Kontinjen Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan. Fasa 2 di laksanakan di Dewan Utama Solat Masjid Khalid AL-Walid dengan pelbagai pengisian antaranya bacaan Al-Quran, berzanji dan berselawat beramai-ramai, ceramah agama dan majlis penyampaian hadiah serta cenderahati.

Lebih 800 tetamu hadir memeriahkan majlis antaranya Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta warga Kementerian Pertahanan dan ATM.