ERAT HUBUNGAN DUA HALA

BANNER. PAT ATM PAT BELANDA.3a

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera telah menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Belanda, HE General Tom Middendorp bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

HE General Tom Middendorp menerima tabik hormat dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diketuai oleh Mejar Mohd Eqram bin Mohd Rosli.

HE. General Tom Middendorp diberi penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja.

Lawatan selama dua hari ke Malaysia diperkukuhkan lagi dengan persetujuan pertukaran kepakaran dua hala di dalam bidang ketenteraan dan berkongsi maklumat bagi merungkai pelbagai isu keselamatan serantau.