logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

Abu Dhabi, 16 Feb 25 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar telah menghadiri Persidangan Pertahanan Antarabangsa (IDC) yang berlangsung di ADNEC Center, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. IDC merupakan sebuah program yang terkandung dalam Pameran dan Persidangan Antarabangsa (IDEX) 2025 yang berlangsung mulai 16 hingga 21 Feb 25 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Kelangsungan IDC ini telah dilaksanakan menerusi tiga sesi perkongsian utama. Terdahulu, ucaptama telah disampaikan oleh Menteri Perhubungan Pertahanan UAE, TYT Mohamed bin Mubarak Fadhel Al Mazrouei. Bagi sesi pertama, ucapan telah disampaikan oleh speaker TYT Dr. Nasser Al Nuaimi, Ketua Setiausaha Majlis Tawazun menerusi topik "Gangguan Global dan Kesiapsiagaan Pertahanan : Mengurangkan Ancaman Terhadap Rangkaian Bekalan Kritikal". Sesi kedua memperlihatkan kupasan topik mengenai "Operasi Disinformasi dan Pengaruh : Memanipulasi Maklumat dalam Konflik Moden". Sesi kedua ini diketuai moderator Matthew Cochran, Ketua Pegawai Eksekutif _Defence Services Marketing Council_ bersama barisan panel profesional industri pertahanan dari Amerika Syarikat, Pakistan, Armenia dan Estonia. Manakala untuk sesi yang terakhir, ianya telah dilaksanakan oleh Menteri Perhubungan Belia UAE, TYT Dr Sultan Bin Saif Al Neyadi yang menyampaikan topik berkenaan โ€œKemunculan Peluang dan Ancaman di Ruang Angkasaโ€.

Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa (IDEX) 2025 merupakan pameran pertahanan yang berfungsi sebagai platform global dalam mempamerkan teknologi pertahanan terkini meliputi segmen aeroangkasa, sistem pertahanan darat, pertahanan laut, dan keselamatan siber. IDEX 2025 juga merupakan platform untuk memupuk kerjasama di antara entiti pertahanan antarabangsa.

Turut hadir mengiringi PAT dalam acara berkenaan adalah Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Emiriyah Arab Bersatu, Mejar Jeneral Isaac Albaluoshi, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan MK ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Abdul Aziz bin Abu Hassan serta Penasihat Pertahanan Malaysia di UAE, Kol Hj Suhaidi bin Hj Saad.

Lihat Galeri Gambar