logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM hadir bagi meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Penyerahan Sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Angkatan Tentera Malaysia bagi tahun 2023M/1444H yang dianjurkan bersama oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan MAIWP di Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak hari ini. Di majlis berkenaan, cek bernilai RM 1 Juta telah disampaikan oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar selaku Pengerusi MAIWP kepada Panglima Angkatan Tentera. Sumbangan RM 1 Juta yang disumbangkan oleh MAIWP kepada ATM akan diperuntukkan kepada perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di samping sebahagiannya kepada KAGAT bagi pelaksanaan aktiviti dan program kerohanian bersama MAIWP bagi manfaat seluruh warga ATM.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Bin Jantan, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Mohamed Fauzi Bin Kamis dan Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Dato' Haji Mohd Rashidi Bin Bujai

Lihat Galeri Gambar