logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR , 9 Mei 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang TUDM telah dianugerahkan Darjah Australia - Honorary Officer of the Order of Australia (Military Division) yang disempurnakan penganugerahan tersebut oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Justin Lee yang mewakili Governor-General of Australia di Kompleks Pesuruhjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur pada 8 Mei lalu. Turut menyaksikan penganugerahan tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera Australia, Jeneral Angus Campbell.

Darjah berkenaan merupakan penghormatan negara berkenaan kepada rakyatnya serta individu atau pemimpin luar yang mempunyai pencapaian dan perkhidmatan cemerlang. Penugerahan darjah berkenaan kepada Panglima Angkatan Tentera adalah tanda penghormatan kerajaan Australia atas pencapaian kepimpinan beliau serta hubungan pertahanan yang sentiasa dieratkan oleh Jeneral Affendi dalam mengukuhkan hubungan dua hala terutama aspek diplomasi ketenteraan dan pertahanan antara Malaysia dan Australia,
Setinggi tahniah diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera.

Lihat Galeri Gambar