logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2023 – Sekretariat Markas Angkatan Tentera Malaysia telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Markas ATM bertempat di Wisma Pertahanan, hari ini. Majlis yang diadakan serba ringkas ini adalah bertujuan untuk meraikan sambutan perayaan ini bersama warga kerja khususnya yang bertugas di bawah naungan Markas ATM samada warga tentera mahupun kakitangan awam. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi Bin Buang TUDM yang turut meluangkan masa untuk hadir sama bagi memeriahkan sambutan majlis ini.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz dan Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain. Kemeriahan sambutan majlis ini dilihat bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga kerja Markas ATM semata-mata bahkan dapat meningkatkan moral dan semangat perpaduan di kalangan setiap individu tidak kira pangkat, bangsa dan agama.

Lihat Galeri Gambar